Pages

Sunday, October 30, 2016

paper 1 surgery

bismillah

semalam bermulanya peperikasaan akhir bg pelajar tahun akhir unitanta . Alhamdulillah, aku sangka mungkin sangat susah tapi alhamdulillah , Allah bagi lebih pada expectation. Mungkin disebabkan itu , aku tenang je lepas exam. Betul, ada yang tak dapat jawab. Al maklumlah, bukan genius mampu jawab semua, cuba juga tapi aku ni tergolong dalam averrage people kut. so sad.

Berbalik pada paper surgery. Selepas exam biasanya aku tak bincang, aku terus balik rumah solat dan tidur. Tetapi kali ni tiba2 ramai pula yang mengajak aku balik sekali, biasalah bila balik bersama akan keluarlah juga soalan, eh awak dapat jawab x tadi? dan jawapannya mestilah alhamdulillah tapi ada soalan yang tak dapat jawab. hmm cliche. kalau dapat ke budak2 genius jawapan haruslah 'aku x dapat jawab tadi.' so janganlah terpsiko dan percaya. selepas sembang tadi ,masa tu aku masih bertenang ,sampai je kat rumah buka facebook.nangis.......

bila buka facebook ramai pula update status patah hati.lahai~ aku pula sejenis yang rajin membaca status dan komen orang. pada masa tu mulalah syaitan membisik , weh ko x down ke , orang lain semua down kut xdpt jwb. ko 3 soalan xdpt jawab xdown ke??...


Dan fikiran aku mula berfikir, membuahkan biji biji stress dan depression.hahahahha..sebenarnya paper aku banyak lagi kut sebab tu aku tak nak terkesan sangat sebab boleh cover paper lain. ish. dan seperti biasalah yang memuat naik status tersebut ialah budak2 genius ni. dan kerana status tersebut aku yang semangat nak study tiba2 dah down balik. hmm

Apa apa pun aku nak cakap kat sini, kita tahu kelemahan kita kat mana, kita pun tahu kelebihan kita kat mana,Yang terkurang kita baiki dan jadi lebih baik, dan yang lebih kita cungkil lagi supaya jadi yang terbaik. Minda ialah suatu anugerah Allah paling hebat aku rasa sebab dengan mind macam macam kita boleh buat.Berbalik pada kes aku, sepatutnya aku kena betul2 berpegang pada diri aku sendiri apa yang orang sekeliling cakap dan buat tak ada kesan pon pada aku as long as aku susun strategi dan merancang dengn baik. Allah sayang pada hamba dia.Dia tak akan bagi sesuatu yang kita tak mampu hadapi betul bukan? jadi yakinlah... yang penting teruskan berjuang. Hidup masih panajang. Dihadapan masih banyak lagi yang menanti kenapa nak berhenti sekarang , betul bukan?

mari sambung membaca buku untuk paper 2 surgery 7/nov/2016 :)

No comments:

Post a Comment