Pages

Thursday, October 22, 2015

Cuti

Assalamualaikum.

Rindu betul dekat blog ni.hehe. Blog ni bagi sesetengah orang macam kawan rapat. BFF? aha, tak tahulah kalau dah sampai tahap tu tapi kalau masa zaman hingusan dulu blog ni memang tempat luahan hati. Segala masalah, gembira sedih semua cerita kat sini.



Sekarang waktu cuti bagi kami pelajar tahun 5, lebih kurang 2 bulan juga cutinya. Ada yang balik Malaysia ada yang 'stay' sebab nak gi jalan atau malas balik ? dan ada juga yang stay sebab tak cukup duit untuk balik. Kami pelajar bukan bekerja, jadi haruslah menyimpan untuk masa hadapan. Dan aku, aku ambil keputusan untuk stay disini. Selalunya akan ada yang bertanya, wah dah habis exam, mesti nak balik kan?bila balik , nak kirim barang..'' tuh dia, straightforward ayatnya. dan macam biasa aku akan jawab '' haa memang aku balik ni sebab nak bawak brg hangpa semua.''

haha, mana ada jawab macam tu. Tidak beradab sangat tu. Memang kebiasaanya duduk jauh, kalau ada yang balik mestila minta tolong kawan bawa barang kan bagi yang tak sempat balik, hidup selalu tolong menolong. Maafla tahun ni tak dapat tolong kawan2, sebab aku sendiri pun ada sedikit hal untuk diuruskan disini. Kalau tak, memang hatini merronta ronta untuk pulang. :')..

Jadi sepanjang aku berada disini, aku dah listkan beberapa perkara yang ingin aku capai setelah habis cuti iaitu

1. tengok movie sampai habis
2.melantak makanan mewah sampai duit ma ayah habis
3. berjalan membazirr duit
4. tidur sampain tak bangun2.

hahaha..takla, tapi ini memang kebiasannya orang buat.antara list tu yang aku biasa buat no 4.. :P, study sampai tidur 2-3 jam haruslah menggantikannya selepas exam..Okayla ni list dia.

1. 15 juzu' Al quran beserta terjemahan
2. Bahasa Arab perbualan master ( target 1 buku habis hafal )
3. Belajar adab adab seharian ( buku bidayatul hidayah)
4. basic emergency case ( buku emergency)
5. amalan sunat dan kerja persatuan capai 70%
6. Sirah nabi separuh buku hadam.

InshaAllah itu target aku untuk 2 bulan ni..aku orang biasa sahaja tapi aku nak jadi orang luar biasa, aku tak nak berada ditakuk lama. Rasa terhina bila tengok umat islam ditindas sebab tu aku rasa by times ilmu dunia dan akherat aku kena pegang. Jujur aku tak mampu, tapi aku selalu doa agar dipermudahkan sebab aku tahu untuk senang, untuk berjaya, untuk bijaksana bukan senang.

till then.

NB: Result keluar hari ni. YA Allah menangkan kami. T_T