Pages

Sunday, October 30, 2016

paper 1 surgery

bismillah

semalam bermulanya peperikasaan akhir bg pelajar tahun akhir unitanta . Alhamdulillah, aku sangka mungkin sangat susah tapi alhamdulillah , Allah bagi lebih pada expectation. Mungkin disebabkan itu , aku tenang je lepas exam. Betul, ada yang tak dapat jawab. Al maklumlah, bukan genius mampu jawab semua, cuba juga tapi aku ni tergolong dalam averrage people kut. so sad.

Berbalik pada paper surgery. Selepas exam biasanya aku tak bincang, aku terus balik rumah solat dan tidur. Tetapi kali ni tiba2 ramai pula yang mengajak aku balik sekali, biasalah bila balik bersama akan keluarlah juga soalan, eh awak dapat jawab x tadi? dan jawapannya mestilah alhamdulillah tapi ada soalan yang tak dapat jawab. hmm cliche. kalau dapat ke budak2 genius jawapan haruslah 'aku x dapat jawab tadi.' so janganlah terpsiko dan percaya. selepas sembang tadi ,masa tu aku masih bertenang ,sampai je kat rumah buka facebook.nangis.......

bila buka facebook ramai pula update status patah hati.lahai~ aku pula sejenis yang rajin membaca status dan komen orang. pada masa tu mulalah syaitan membisik , weh ko x down ke , orang lain semua down kut xdpt jwb. ko 3 soalan xdpt jawab xdown ke??...


Dan fikiran aku mula berfikir, membuahkan biji biji stress dan depression.hahahahha..sebenarnya paper aku banyak lagi kut sebab tu aku tak nak terkesan sangat sebab boleh cover paper lain. ish. dan seperti biasalah yang memuat naik status tersebut ialah budak2 genius ni. dan kerana status tersebut aku yang semangat nak study tiba2 dah down balik. hmm

Apa apa pun aku nak cakap kat sini, kita tahu kelemahan kita kat mana, kita pun tahu kelebihan kita kat mana,Yang terkurang kita baiki dan jadi lebih baik, dan yang lebih kita cungkil lagi supaya jadi yang terbaik. Minda ialah suatu anugerah Allah paling hebat aku rasa sebab dengan mind macam macam kita boleh buat.Berbalik pada kes aku, sepatutnya aku kena betul2 berpegang pada diri aku sendiri apa yang orang sekeliling cakap dan buat tak ada kesan pon pada aku as long as aku susun strategi dan merancang dengn baik. Allah sayang pada hamba dia.Dia tak akan bagi sesuatu yang kita tak mampu hadapi betul bukan? jadi yakinlah... yang penting teruskan berjuang. Hidup masih panajang. Dihadapan masih banyak lagi yang menanti kenapa nak berhenti sekarang , betul bukan?

mari sambung membaca buku untuk paper 2 surgery 7/nov/2016 :)

Wednesday, October 5, 2016

prefinal

6/10/16
12.30am

ada 3 minggu lagi nk exam, rasa xkuat je nk baca semua information dalam buku ni siap google2 macam mana cara nak hafal cepat tapi memang beitulah ,klu x hafal , tak ulang , bukan boleh ingat. /nak tak nak kena work hard stdy smart.biasa dah 4 minggu sebelum exam meracau sorang sorang cari style study, 3 minggu gelabah sikit sebab slow lagi, tanya orang tu tanya orang ni, 2 minggu lagi gelabah mulala hafal2 tulis2 sebut2 semua benda , masa ni fragile siapa ganggu memang pantang betul tak boleh terima gangguan masa ni. seminggu lagi hahaha selamatlah mimpi ngeri tido tak lena mandi tak basah makan pon baca buku masa ni baru sedar betapa nikmat masa lapang itu begitu berharga . emm cakap sekarang pon xguna. ada lai 3 minggu jadi usahalah betul2 imah, nak capai ilmu bukan mudah ,tapi benda tak mudah lah yang jadikan kita orrang yang hebat satu hari nanti.


dalam kepala dah terbayang bayang malaysia tercinta,. keluarrga tercinta , orang tersayang eh?.hahha exam je nak gatal terus .. tapi seriuslah anamtomy aku lupa dah semuaa,. nak menagis rasa sebab time consuming sangat bila masuk part anatomy organ2 , ye lah aku dah lama tinggal plus sikap pemalas nak tgk buku atlas menyebabkan aku jadi mcm ni ..sedarlah diri imah T_T, menangis sorang2 lah jawabnya.

tapi2 , aku dah susun strategi dan aku harap strategi kali ni works well lah..tahun ni aku macam positif lebih untuk dapat yang indah2 despite of aku tahu banyak dosa buat tahun ni, tapi aku harap sangat janganlah sebab dosa2 aku Allah hijabkan doa aku, ibarrat jiwa mati kalau Allah dah tak pnadang x dengar doa kita ni.

okaylah.. sambung baca thyroiddddd..