Pages

Monday, May 23, 2016

salam sebelum ramadhan

bismillahirrahmanirrahim...

lama sungguh tak update blog dan aku rasa ni pun ayat cliche untuk orang orang  yang x istiqamah dalam update blog macam aku ni. >-<

well, selepas housemates aku balik malaysia., hidup aku macam terumbang ambing sedikit, rasa macam xde orang dah nak berkongsi rasa, betullah kata fatinn. aku tak boleh adapt lagi dengan hidup seorang. Dulu kalau balik lepas kuliah, sembang pasal belajar hari ni dengan housemate, diorrang dgr je, kalau ada benda nak tambah diorang tambah kalau tak diorang dgr je la. aku x kesah sgt pon kalau nak balas ke x asalkan ada org dgr..heh, typical woman sgtt,,

lepas borak, solat emm x senonoh, lepas solat, makan dgn member, lps mkn study siket dah nak dkt maghrrib kejutkan housemates kalau diorang tgh lalok tgk citer ke dgr lagu...haha..sebab housemates aku semua jenis kalau mengadap laptop tu gempa bumi pon diorang x dgr, so masa ni lah kalau keje nk buat jahatnya.

sekarang dgn housemates baru sgt berbeza, balik kuliah masuk bilik solat tiduur, bgn tidur study siket, dinner sorang2 then study tidur and repeat..heh, berbeza sangat hidup aku..rasa x produktif sebab aku banyak cakap. so one of the reason i m writing again is to kill this loneliness.. sighhhh..

seminggu lebih siket dah masuk ramadhan. Nak tahu tak, ramadhan kat sini meriah . Dekat tempat kuliah aku belajar which is aku panggil syamlah, diorang dah pasang fannus, fannus ni macam tanglong la kat malaysia tapi kat sini diorrang pasang itu sebagai menyambut kedatang Ramadhan. Rata2 akan jumpa orang mengaji al quran sampai aku sendiri tertunduk malu muhasabah diri sendiri. kalau lalu tepi2 jalan, tengok mulut orang terkumat kamit hafal quran, ya Allah bagus sangat. Masjid2 dah mula ceramah tentang amalan sunat ramadhan, kelebihan ramadhan, lailatul qadar, suara2 azan yang sedap2 berkumandang.. i will miss this, nti aku tangkap gambar aku upload kat sini okay. nanti dah balik boleh rujuk sini lepas tu senyum sorang2 sebab teringat kenangan manis dan betapa immaturenya penulisan ini...

so , aku dah nekad untuk ramadhan ni disebabkan subuh awal dan aku tak nak tinggal subuh kerana aku tahu walaupun aku dah amal baca 4 ayat surah alkahfi before tidur tapi xbgn2 jgk before subuh, so im deiciding to sleep after suboh. oh ye , i know..absolutely wrong tapi itu je cara aku nak qiam, nak jaga suboh awal waktu sebab aku tak boleh tahan nafsu tidur yang membuak2.. what a shame kan... tapi xdelh tidur sejurus subuh, aku akan extend 1 jam lepas suboh tidur 2 jam dan abngun untuk ke kelas dan aku tak tahula aku mampu ke x.. subuh mesir dalam pukul 3.15am , so tidur 4.15am then bangun 6.15 ke 7.15 ke..sebab kelas pukul 9am..hehehhe..sempat study sikit..dah nak dekat exam ni cuak plak..dulu banyak main, sekarang terkial kial susun jadual, ye memng aku ni kalau xde jadual belajar  xboleh study..rasa xde arah tuju gitu..

haa, ni nak cerita sikit tadi pergi GAD degan syakirah, saja keluar dengan member,sembang macam2 study family, our life, :').. Then tetiba, ada sorang lebih kurang umur 30 an macam tu, tanya awak cakap bahasa korea ke...hahaha.. terkekeh aku, x la , ini bahasa malaysia.. lepas tu bila kami nak balik rumah tiba tiba dia panggil aku, tanya : boleh saya tanya satu soalan?. boleh... kalau saya nak kahwin dengan awak, macam mana?saya kena ke malaysia ke.. masa tu aku tunduk je x mampu jwb.. aku mntak syakirah jwb cakap aku dah betunang..:).. shahahhaha... maafla tambah dosa, ana menipu hari ni..okay itu sahaja..sekian..

p/s : tiada manfaat pon sekadar berrkongsi cerita .

 makan ikan bakar sampai tak ingat dunia lepas tu kalut cari musyrif sebab xsedar dah sampai isyak dah.... LOL..