Nama sebenarnya adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Iman Syafie masih kanak-kanak. Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd.
Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijran. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ada khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah.
Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran. Beliau mula menghafal al-quran sejak berusia sembilan tahun. Berusia 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta yang ditulis Imam Malik. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau di sanjung masyarakat. Beliau meninggal di Mesir tahun 204 hijran ketika berumur 54 tahun.
Imam Syafie melarang taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa sahaja. Semasa hidup, beliau selalu menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya berkenaan taklid, "Janganlah mereka-reka dalam perkara-perkara agama mengguna pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Al-quran dan hadis."
Pesan Imam Syafie, " Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal Rasulullah bertentangan kepada perkataan saya, Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti."
30 PESANAN IMAM SYAFIE
1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
4. Sabar
menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu
sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya
perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur
yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
5. Apabila
salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit,
kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh
malaikat dan dan dicintai Allah.
6. Marah
adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun.
Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala
tenteranya.
7. Kasihanilah
anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan
beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi
anak-anak yatim di akhirat.
8. Berbuat
baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan
lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat
menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas
dosa-dosa kamu.
9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
10. Takwa
adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat
pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan
kemenangan.
11. Iman
mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba
merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu
dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat,
istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
12. Ingat
dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit
jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
14. Kubur
adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi
yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil
dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak
berbelah bagi.
15. Kita
perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya
dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu
bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan
hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita,
hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan
itu lebih hebat daripada perang sabil.
16. Sebesar-besar
keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan
keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
17. Hati
adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar
kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh
iringan-iringan pasukan kebatilan.
18. Ketahuilah
istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari
ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
19. Ketahuilah
sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada
orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan
meninggikan darjatnya di sisi manusia.
20. Tafakurlah
sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti
pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya
dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
21. Tuntutlah
ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang
di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang
soleh.
22. Sesiapa
yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan
perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan,
mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
25. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat
dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
26. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat
pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47
yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk
menolong orang yang beriman.
27. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan
kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang
bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
28. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti
menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi
syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat
257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
29. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan
lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang
bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada
jalan yang lurus."
30. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki
yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah
Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang
bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan
melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka
mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan
mereka.
Semoga bermanfaat.
Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib
No comments:
Post a Comment