Pages

Tuesday, July 28, 2015

post raya

Alhamdulillah ..

lebih kurang 2 minggu lepas rya, cadangnya memang nak update sikit2 dalam blog nak buat kenangan. mana tahu lepas2 ni boleh tengok balik kan?

raya kami biasa sahaja di Mesir ini, tak boleh nak buat merriah macam kat malaysia sebab kekurangan barrang. Salah satu benda yang tak boleh nak buat tart nenas..Sedihnya. :(.
Tak apalah, bukan nya hidup untuk tat nenas kan.

inshaAllah dalam 3 minggu lagi kami akan imitihan, cuaknya Ya Allah sebab rasa tak study betul2. r]Tahun ini target nak bagi hadiah pada ma ayah, hadiah Jayyid jiddan.inshaAllah.ye tahu susah tapi saya akan cuba untuk give up thing that made me procrastinating inshaAllah.

ini beberapa gambar masa raya harritu, tapj saya akan update lagi...hihi








Friday, June 19, 2015

my first ramadhan

it has been a long time since i dont write much about my daily life.
long lah sangat kan..haha.. Alhamdulillah sampai pada Ramadhan kali ini dengan keadaan yang tenang dan tenteram sebab imtihan 1 bulan lebih lagi.hehe..Biasanya, dalam waktu macam ini aku dah exam tapi Alhamdulillah kali ni dapatlah berfokus pada ubudiyah ilallah sikit. Malangnya pada 1 Ramadhan , aku dah demam. Xpa demam ramdhan ni demam berkat orang kata.

Kat sini, orang mesir selalu bagi hadiah atau makanan untuk orang bebrbuka puasa jadi bagi pelajar biasa macam aku ni, dapatlah jimat duiit sekali sekala.Alhamdulillah. Malam sebelum puasa aku dan housemate keluar kejap makan2, hangout, kumpul sama sama, borak borak sambil2 nak beli barang dapur untuk sahur esok walaupun aku sorang je puasa yang lain cuti tapi Alhamdulillah housemate berbuka berrsahur sekali. Sahur aku sorang je makan cuma depa bangun sekalilah sebab nak study.
Selepas makan2 kami keluar shopping , alkisahnya aku terserempak dengan budak2 perempuan lelaki hangout sama2. Hmm, dalam hati terdetik diorang ni tak hormat Ramadhan esok ke..Disebabkan aku tak mampu tegur  aku keluar dari shopping mall ambil angin jap, bagi hilang rasa marah then aku masuk balik lepas diorang keluar.
Dalam Islam, syarak dah letak perempuan dgn lelaki ada batas, boleh berkawan berbincang tapi atas kepentingan yang tertentu. Tapi kalau keluar sama2 macam adik beradik dan boleh pulak tolong belikan benda2 asas perempuan itu dah lain bro.   dulu aku dah tegur aku ckplah aku bukan baik pun tapi benda yang diorng buat mmg totally salah tapi ikutlah, kalau rasa dah xde malu, suka hati koranglah. Berlembut dipijak pijak berkasar dibaham baham. Jadi , aku doakan yang baik2 untuk korang. Moga2 Allah bagi hidayah untuk aku dan korang sekali k. :) ..

malam tu aku tarawih kt rumah sorang2 sebab yang lain cuti, nak pergi masjid takut sebab nanti kena balik sorang tak palah, syarat pahala bukan atas tempat kan?. Islam itu mudah tapi jangan dimudah mudahkan. Tidur pukul 11 pm dan bangun kul 2 am, ak sahur dengan kurma dan air je sebab xde selera sangat . Aku solat subuh pukul 3.30 am dan jemur kain kejap takut terlupa. bila tengok langit waktu subuh ni masya Allah rasa nak menitis air mata, sayu je. Moga moga dapat bertemu dengan lailatul qadar. inshaAllah.ameen..

Esoknya panas ya Allah tak boleh tahan. aku kena present bab CBC hari ni dalam kelas, nasib baiklah tak collapse sebab drpd awal pagi lagi kepala aku berdenyut semacam. Aku  solat kat universiti aku dan trus balik rumah. Sampai rumah je aku angkat kain yang aku jemur pagi tadi then basuh muka dan terus tidur. Tak leh tahan, panas disini buat kepala aku sakit. Bangun2 dah lepas asar, terkejut aku  terus berlari ke tandas ambil wuduk dan solat Asarr.alhamdulillah semalam aku dah habis 1 juzu so petang lepas asar aku habiskan untuk juzu 2. so esok aku tarrget juzu 3 dan 4 lah.

pukul 6.45 macam tu aku dcan housemate pergi ambil makanan berrbuka free yang ARab bagi, lama dah x makan nasi arab. hehe. pkul 7.05 pm azan maghrib, kami berbuka sama2 dan solat sama2 dengan kawan2 yang lain, malam tu society kami ada buat solat tarawiuh sama2. aku pulak jadi ajk uuntuk program tu so pergilah awal sikit, tlg setting tempat. Alhamdulillah ramai rupanya orang yang masih nak bersama2 solat jamaah. lepas solat ada moreh sikit, aku tolong bahagikan antara ikhwah dan akhawat. pukul 10pm cmtu aku balik rumah, gosok gigi  basuh muka ambil wuduk siap2 nak tidur. tiba2 fatin housemate ak tnya , nak pakai mask tak?

bagaikan orang mengantuk disorongkn bantal , eh knapa tak nak nya.. jomm..so pakailah mask DIY tomato cmpur kunyit bangun2 pagi esok nak sahurr tengok muka jaundice dah kenapa?hhaahaha..lupa pakai mask tapi x abasuh sebelum tidur smalam..kiki..

Alhamdulillah.. ini ramadhan aku kali ni, tunggu nak update ramadhan next pulak..

apa2 pun, syukur pada Allah.. alhamdulillah alhamdulillah.. :)

Thursday, May 28, 2015

harr awi?

harr awi = panas sangat

cuaca kat mesir sekarang ni tak menentu , adakala panas adakala sejuk. semalam suhu 46c, panas tak boleh nak katalah. tiba2 insaf terbayangkan padang mahsyar nanti matahari sejengkal..

tapi hari ni suhu turun ke 35c. Alhamdulillah. Lecture pon xde. aih lecture xde pon xleh nak ronggeng sangat, dah nak final dah ni . Subjek byk kut. kalau otak ni jenis span serap semua xpa jugak, ni macam batu dah . haha..kutuk diri sendiri , xpa kan?

hari ni nak telefon ma ayah, dah berbulan x call. nak nangis pon ada. bukan x nak call tapi masalah biasalah, duit. Duit lebih siket baru buleh beli voip. duk jauh2 ni voip je lah penghubung, ma ayah jenis x pakai android. so nak skype, we chat dan sebgaianya tu memang  x boleh. xpalah. kita bersyukurr seadanya ye dak. kaya buat cara kaya , x berapa kaya buat carra x berapa kaya.

nasibla aku ni jenis anhydrosis, x mudah berrpeluh kalau x naya jugak, nti x selesa nak study nak cakap ngan kawan2.

itu je hri ni nak cakap..haha..

Thursday, May 14, 2015

dunia dan manusia

malam khamis,
10.30pm
14/5/2015

entah kenapa malam ini tak seperti biasa, mungkin sebab minggu ni banyak kisah2 yang menghantui aku. Ramai yang bertanyakan pendapat, bercerrita kisah hidup mereka hingga kadang2 aku sendiri terbawa2 kisah mereka dalam hidup aku.


mana mungkin hidup kita selalu diatas, mana mungkin pelangi datang tanpa hujan. kan? Itulah namanya kehidupan dunia. Menguji sesiapa yang harus diuji.Kisah orang buat aku takut dengan kehidupanku, namun sampai bila harus aku berdiam diri?takut mengambil cabaran untuk kekuatan hati?


Wednesday, April 22, 2015

summer

Hari ni agak panas setelah dua hari lepas bumi barakah ni berhujan. Alhamdulillah. Anak2 dah boleh bawa keluar kipas masing2 ya. Disebabkan badan aku ni tak boleh terima istilah sejuk, makanya musim panas adalah suatu nikmat yang paling besar bagi aku selain nikmat hidup sihat dan masa lapang. hehe..

Dalam perjalanan balik ke rumah tadi aku terserempak seorang makcik tua berrniqab, cantik. Cantik mata dia. hijau. haha, bukan nak cerita yang tu sebenarnya. Jadi macam biasa, aku kalau jumpa sesiapapun memang akan senyum ja, arab ke melayu kecualilah masa tu aku tengah rushing meeting ke, lewat ke kelas ke, ada panggilan penting ke, haa kalau yang tu memang aku tak peduli sangat dah orang sekeliling. Fokus dah lari. Kalau aku fokus memang aku tak peduli dah. okay, kemudian bila nampak makcik aku senyumlah. Tiba tiba dia panggil aku, 


makcik: lau samahti
aku: aiywah
makcik: mumkin tasali leh enti musy takalim ma3 misyriyan asyan nahnu kullu muslim.
aku: eh, ana kalimi. ma3ya sodikoti musyriyin

haa, mcm tuhla. dia cakap aku x bercakap dengan arab lain ke sedangkan kita ni islam. islam anjurkan kita supaya berrtegur sapa. aku pun jawablah xdelah, saya cakap ngan semua orang, saya ramai kawan2 mesir. hehe..dia pon kata kenapa tak tegur dia. erk.. aku senyum je sebab memang kebiasaan kalau jumpa senyum atau bagi salam. jarang aku bagi salam sebab dah banyak kali dah sebelum ni bila bagi salam tak terjawab, aku assume diorang x dgr. :) dosa tak jawab salam tau. jadi senyum adalah sapaan paling selamat.kemudian aku berrbual lah sekejap ngan makcik tanya duk mana, buat apa kat sini dan rasa macam xde idea dah aku pun cakaplah saya nak alik dah. Dia pun kata Allahuma yunsurna islam.

aku jawab , allahumma ameen. :)

part last terkesan sedikit sebab bila tengok sekarang ni islam dah makin  jatuh, umat islam sendiri mengkhianati islam, tak praktikkan islam. Teringat pesanan seorang kawan, kita muslim jangan jadi macam buih, banyak tapi tiada manfaat pada orang lain.

 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Hampir terjadi keadaan yang mana ummat-ummat lain akan mengerumuni kalian bagai orang-orang yang makan mengerumuni makanannya. ”
 

Salah seorang sahabat berkata; “Apakah karena sedikitnya kami ketika itu?”
 

Nabi berkata: Bahkan, pada saat itu kalian banyak jumlahnya, tetapi kalian bagai ghutsa’ (buih kotor yang terbawa air saat banjir). Pasti Allah akan cabut rasa segan yang ada didalam dada-dada musuh kalian, kemudian Allah campakkan kepada kalian rasa wahn. ”
 

Kata para sahabat: “Wahai Rasulullah, apa Wahn itu?
 

Beliau bersabda: “Cinta dunia dan takut mati. ”
(HR Abu Daud no. 4297, Ahmad 5/278, Abu Nu’aim dalam At Hilyah l /182 dengan dua jalan dan dengan keduanya hadits ini menjadi shohih)







 cintakan bunga bungakan layu..huhu, cintakan dunia, dunia kan musnah.

Wednesday, April 15, 2015

paediatric examination 1

tools and viva

well, first of all alhamdulillah . finish already the fisrt test and got another test tomorrow which is osce and case taking.

hari ni takdelah nak cerita sangat pasal exam yang  tak berapa memberansangkan bagi aku sebab aku rasa aku tak bagi dan jawab sebaiknya untuk exam kali ni. Sepatutnya dan sepatutnya lah aku boleh jawab soalan diarhea dan IDM tu. soalan senang je kut.Lain kali memang kena fokus dalam kelas dan masa study kalau rasa yang ni akan masuk, haa fokus yang tu. baca betul2 dan hadamkan , janganlah tengok sipi sipi ja.lagi satu, study tu janganlah atas katil, please.. -.-. semalam memang buku 1 aku hadamkan , buku 2 je aku x berapa nak hadam sebab otak penat..Actually takdelah penat sangat, aku yang manja.  so i still brought about the examination story isnt it?

sebenarnya nak cerita pasal satu sahabat ni, aku datang awal tadi. sementara tunggu dr datang buka pintu masuk bilik exam aku study mana yang patut terutamanya bab tools lah dan aku tak sempat habis nak ulang tengok yang x-ray, sedihla jugak. kemudian setiausah paediatric datng dan buka pintu then mula memanggil nama2 yang ada untuk sign kedatangan hari ni. Maka aku pergi menandatangan dan mulalah check mana2 yang tak hadir dan makcik tu ada sebut satu nama ni. So aku cubalah cari dan end up memang dia tak datang lagi, ada bisikan halus mengatakan yang dia memang tak nak ambil exam ni dan nak fokus untuk final. oh, okay then.
so , exam bermula. tok tok dia ketuk pintu. hey, she comes.

mulalah satu perbualan

F: macam mana nak jawab exam ni, satu habuk pun tak baca
I: Xpa, senior cakap exam ni senang, ingat yg mana penah belaja je

ada pelakon tambahan
A: sudah , rasa macam tak tahu apa2, normal value haematology memang tak ingat habis.
F: normal value semua aku x ingat ni, nak jawab apa dalam kertas aih.
I: you can do it, in sha Allah
F: serum ferritin berapa? serum ni? bla bla..
I/A/F: discussing....

exam pon bermula dan tamat selepas 30 minit. Aku jeling kertas dia, mak aih penuh. muka gembira,

F: eh tadi kan kes bla bla kan.
I: tak sure
A: tadi kn paCO2 macam ni kan...bla bla
F: betul dah tak silap..(cek dalm buku, semua betul)
A: eh asal awk bt jawapan camtu, macamnila..bla bla..

I : ( ha ah, ok, korang semua memang tak baca buku dan tak study semalam dan normal value tak tahu)

-.__-

Pengajaran:

Bila hari exam benda pertama kena buat yakin yang Allah akan tolong tapi sebelum tu kita dah usaha sehabis baik, sempat tak sempat tu lain kira yang penting dah usaha. Kemudian kalau ada rasa nak tengok topi topik terus tengok dan cuba bertenang serta susun minda supaya ingat susunan jawapan dan boleh kaitkan ikut logik jika tak ingat. Ketiga, jangan terpsiko dengan orang lain. yang ni paling penting sebab bila dia psiko, kau akan rasa yang kau study lebih dan meletakkan diri dalam keadaan selesa sehingga lupa yang kita patut revise sesuatu. kekadang Allah bagi petunjuk tau dekat dekat nak exam jadi jangan abaikan petunjuk tu ye. penting nak. Manusia memang sikap dia tak nak tengok orang lain lebih pada dia, eh tak aku tak tipu. betul. Kalau kawan baik kau pandai pada kau, jeles tak? see, i told you. tambahan pula, kalau exam memang sikap itu akan menjadi jadi. Jadi apa2 yang kau buat ingatlah jangan biar orang lain mempengaruhi diri. kita tahu kekuatan dan kelemahan kita. Kalau kita genius takpa, tapi kalau kita average dan jenis kena usaha lebih, benda ni memang kena jadi pegangan hidup supaya kita tak ikut arus sangat. panjang pulak pengajaran kali ni.


fighting untuk esok.


Rabbi yasser wa la tuassir, rabbi tamim bilkher. :)


nota tangan : hari ni tak hujan dah.

Saturday, April 11, 2015

Rain.

so yesterday , it rains. i hate rains same as i hate winter. cold is an enemy to my body my soul my everything. i cant study during winter. everything messed up. i cant .bear coldness and i want to tell the whole world that i hate winter so much.. :(.

you know when your body cant accomodate well to the surrounding and it make you feel like you are the only who are sick and nobody cares about you.. yeah, spoil me.

this is the picture that ive taken after the rain go away. haha..sound like a song ha..its the view from my balcony. Well, the sky is so subahanallah.. i love seeing sky like this , blue and white. perfect combo bruh..  :)



fly fly to the sky..



oh no, i forgot to pick up my clothes..=_=..


see how the lumpur and lecak makes our day worst. anyone who wears stilletto at times like this shall think twice then. kalau tak arwah la stilleto dia..haha, i wear sneakers instead. you know what, sneaker and jubah is not a perfect combo but i like it the way they are.haha. dont judge me. im a terrible fashionista dan really , i dont care much.


that is life. when summer makes it entrance it will pour some rain so that everyone should get ready and welcoming it beautifully. How great Allah is. Rain can be bad and can be good. i hate it but maybe the farmers are waiting for it. yeah, so thats life. Ada masa kita diberi hujan dan ada masa kita diberi pelangi. it depends on us how we react to the surrounding. Kalau kita positif dan terima dengan redha insha Allah segalanya akan baik tetapi kalau sebaliknya, hidup kita akan dipenuhi dengan pandang sisi negatif sampai satu saat kita tak nampak dimana positif hidup kita sebenarnya.

Allahumma soyyiban nafian. Ya Allah jadikan hujan in bermanfaat bagiku. :)