Pages

Saturday, March 11, 2017

graduation!

14/2/2017. This date embark my end of journey in egypt and a starter for a new life that i've longing for. Graduating with bachelor of medicine and surgery was never cross in my mind as my study was extended for 1 year. Everyday just before the graduation is the most messy day ive ever had. Expecting that i will be extended,so i decided not to book a ticket and was hanging here and there. Surprisingly,i succeed with Allahs will. People might downgraded me even my close friend tell me that i wont succeed as i dint take any extra tuition class . I admit that my result is not so powerful as tbey are but still im proud of my self. I prove to them that i can get good result without extra classes. 1 month already from the graduation date, theres nothing beneficial that i did. My parents are asking me to get married but i cant.hey ,how can im find a spouse in this crucial time.?😂  So single is a big matter after my graduation. Lol. Let this matter burried then. Well,im planning of becoming a temporary teacher,at least ive got some money to cover up my finance but then i cant find any work availabkw till now. For those who need any assistant or know some job vacancy that related to my degree, please tell me and i will go to ur place. Contact me at




+60112894497

Thanks guys!

Tuesday, November 22, 2016

aku dengan buku

selalunya sebelum baca atau menghafal, aku akan cari video motivasi,lama gak ah nak motivate diri, 30 minit camtu baru aku bukak buku. susah sebenarnya bila kita dah pernah jatuh dan untuk mula semula. macam2 perkarra dalam kepala.orang tak pernah gagal tak faham. time management pon lain. orang lain ambil masa sekejap hafal, aku lain. aku lama. it was like we started something new everryday. tambah2 aku ada masalah kesihatan . part atu aku redhala nak buat macam mana, itu ujian aku. Tapi memang betulla aku cakap kadang kaang masa baca buku, aku menangis ingat benda lama,.setengah orsang cakap benda tu patut motivate diri kan, tak. kadang2 ada masa turun dia. kalau turun tu memang dilayan habislah hidup .

pastu bila aku macam nak dapatkan semnagat dari orang lain kan, tetiba orang lain pula hina2 . sedihla jugak. ibarat kawan makan kawan pon ada. yela, budak2 gagal ni takkan pernah dipandang tinggi.semua orang akan ada persepsis serong , aku macam marah betul dengan orang macam ni. Hina sangat ke orang gagal ni.


takpalah tak kena kat diri sendiri takpa, cuba kena sekali bagi kau rasa. berpusing 360 darjah hidup kau nanti.


aku pernah sekali tu minta orang ajarkan, boleh plak dia cakap takat nila aku boleh ajar kau, kan ajar lebih2 kau pandai lagi aku plak. aku mampu senyum je .aku cakap xpelah yang penting dia ajarr.tapi kadang2 menyirap juga darah aku ni, nak jugak doa minta2 ilmu kau semua datang kat aku.lol. tapixdaklah ,kita hidup kena berlapang dada ye dak?pastu ada satu lagi kawan aku, dia suka analisis aku, dia nak tengok markah aku, pencapaian aku, semua2lah. pastu kalau aku ada lebih sikit, dia akan cakap kau lebih bahagian ni , so kalau gagal xdak hallah. amboi mulut kau.kes dengki ke apa.ma abah aku , nak letak mana?masa depan aku. tapi xpalah .kadang aku terfikir jugak ni sebab ain manusia ke.. sebab aku xdakla budak2 yg low scorre.kira high score gakla kt sekolah,study pon study. dalam exam blank. sebab tu lah aku gagal. ..tapi xyahla negatif sangat kan sampai nak fikir ke situ. chilllah. balik2 kena muhasabah diri sendiri yang salah strrategi.


ni aku ada exam osce ospe, haa clinical oral lah senang cerita, besar juga cabaran dia. aku rasa macam kosong padahal 3 hari lgi. tak senang duduk dibuatnya. tak senang duuk pon tidur rrelak je..hahaha..tidur penting kut. takpa, aku emmang fokus study kat library je nanti. pedulilah dengan manusia sombong semua ni, baik aku fokus study aku, kalau ada apa2 bukan korang tolong pon kan. -_-.


takut juga aku, trauma. kalau aku jatuh sekali lagi, aku tak rasa aku mampu bangun balik dah. aku harap exam ni yang terakhir untuk aku kat sini. Aku nak balik.nak jumpa ma ayah aku, nak peluk adik beradik aku. lama dah aku tak jumpa.Sebelum nyawa aku ditarik , berbekalkan masa umur yang tak panjang ni , aku harap aku dapat berkhidmat dan gembirrakan orang tua aku. okaylah study jom,

Allahumustaan.

Tuesday, November 15, 2016

paper 3 surgery

its an endless thing.

student, books, ups and down. no matter how hard it is you have to deal it with care. make a new strategy eeryday.live your life to the fullrst. people are going to talk. Shut them with your success. Kill them with your knowledge. 

you are a learner,forever.

Saturday, November 12, 2016

tiada niat

assalamualaikum

malam ni macam nak bebel satu hal yang berkait dengan perempuanlelaki. haritu ada kawan aku minta nasihat macam mana nak buat kalau seorang lelaki approach dia dan berkeiniginan untuk memperisterikan dia then lepas sebulan kenal tiba - tiba lelaki ni cakap kalau ada pilihan lain itu terpulang pada dia untuk memilih. okay aku masa tu pelik dah tetapi tak mengapalah pilihan di tangan masing selagi x berkahwin , boleh pilih nak stay atau tinggalkan terus mungkin tak kena cara atau sebagainya.

selepas tu  kawan aku buka cerita , masa dia terima lelaki ni, dia tolak 5 orang dan dia cuba pujuk keluarga untuk terima lelaki walhal dia tahu keluarrga dia memang tak akan terima orang yang masih belajar. Dia cakaplah memang dia letak sepenuhnya pengharapan kepada lelaki ni dan bila dia explain semuanya tiba tiba lelaki ni jawab, saya tak pernah beri harapan pon. weh~

naik marah pula aku. Mula2 aku marah juga kat kawan aku, eh asyik sebut kawan je so aku letak namalah hahahha.. alia. aku marah kat alia sebab kita mana boleh letak sepenuh kepercayaan pada makhluk, lagipun alia ni budak agama .aku rasa dia lagi power agama daripada aku so benda benda macam ni memang ibarat makan nasi je. hari hari dia menangis menyesal sebab kalau alia tak pilih budak ni dia boleh pilih ramai lagi yang beratur nak pinang dia, aku pon nasihat sikit ada hikmah semua benda ni lagipun masa panjang lagi. kalau dah jodoh kau bertemu juga tapi eh aku tak nak sentuh pasal alia. Dia dah dengarr nasihat aku tapi aku nak sentuh bab lelaki ni

okay pasal lelaki, aku rasa walaupon dia rasa x bersedia , xberkenan ke, atau ada yang x puash hati janganlah cakap macam tu..perempuan hati lembut. Ada ke cakap saya tak pernah bagi harapan, yang ko duk usha2 dari dulu, siap minta jumpa keluarga alia , kenal keluarga dia tu tak kira bagi harapan ke? cakaplah elok elok kalau nak minta putus, cakap terus terang . saya memang tak boleh teruskan , perangai berbeza ke, rasa xkena ke.. haa terus terang. kalau rasa x bersedia cakapla saya nka kumpul duit untuk 3 tahun dalam masa tu sy letak hubungan ni pada Allah kalau awak nak tunggu awak tunggu, kalau tak , tak mengapa. yang aku peliknya lelaki tu pun bukan orang biasa biasa jugak ni. sama kos dengan alia juga , orang top scorer kat universiti depa. come on lah, jadi matang sikit, eg0 tinggi sangat baru sebulan bro.kalau tiada niat nak teruskan , jangan cuba petik awal awal, susun betul betul perrancangan, bukan main semborono. aku faham diorang ni budak budak agama,high educated, tak mainlah couple cincai cincai ni, dosa sebelum kahwin , tak berkat! so memang patutlah aku marah kan sebab semua dah tahu benda basic kut. aku pesan awal awal aku doakan ko tak teruskan dengan dia sebab you deserve better person. tapi kalau dah jodoh tak mengapalah :)

itu je lah, kesian si alia ni, bila aku tanya pasal ni dia buat buat x ingat katanya itu memori pahit dia buang tepi jalan GRIK dalam hutan,hahhaha

#randomthought

Sunday, October 30, 2016

paper 1 surgery

bismillah

semalam bermulanya peperikasaan akhir bg pelajar tahun akhir unitanta . Alhamdulillah, aku sangka mungkin sangat susah tapi alhamdulillah , Allah bagi lebih pada expectation. Mungkin disebabkan itu , aku tenang je lepas exam. Betul, ada yang tak dapat jawab. Al maklumlah, bukan genius mampu jawab semua, cuba juga tapi aku ni tergolong dalam averrage people kut. so sad.

Berbalik pada paper surgery. Selepas exam biasanya aku tak bincang, aku terus balik rumah solat dan tidur. Tetapi kali ni tiba2 ramai pula yang mengajak aku balik sekali, biasalah bila balik bersama akan keluarlah juga soalan, eh awak dapat jawab x tadi? dan jawapannya mestilah alhamdulillah tapi ada soalan yang tak dapat jawab. hmm cliche. kalau dapat ke budak2 genius jawapan haruslah 'aku x dapat jawab tadi.' so janganlah terpsiko dan percaya. selepas sembang tadi ,masa tu aku masih bertenang ,sampai je kat rumah buka facebook.nangis.......

bila buka facebook ramai pula update status patah hati.lahai~ aku pula sejenis yang rajin membaca status dan komen orang. pada masa tu mulalah syaitan membisik , weh ko x down ke , orang lain semua down kut xdpt jwb. ko 3 soalan xdpt jawab xdown ke??...


Dan fikiran aku mula berfikir, membuahkan biji biji stress dan depression.hahahahha..sebenarnya paper aku banyak lagi kut sebab tu aku tak nak terkesan sangat sebab boleh cover paper lain. ish. dan seperti biasalah yang memuat naik status tersebut ialah budak2 genius ni. dan kerana status tersebut aku yang semangat nak study tiba2 dah down balik. hmm

Apa apa pun aku nak cakap kat sini, kita tahu kelemahan kita kat mana, kita pun tahu kelebihan kita kat mana,Yang terkurang kita baiki dan jadi lebih baik, dan yang lebih kita cungkil lagi supaya jadi yang terbaik. Minda ialah suatu anugerah Allah paling hebat aku rasa sebab dengan mind macam macam kita boleh buat.Berbalik pada kes aku, sepatutnya aku kena betul2 berpegang pada diri aku sendiri apa yang orang sekeliling cakap dan buat tak ada kesan pon pada aku as long as aku susun strategi dan merancang dengn baik. Allah sayang pada hamba dia.Dia tak akan bagi sesuatu yang kita tak mampu hadapi betul bukan? jadi yakinlah... yang penting teruskan berjuang. Hidup masih panajang. Dihadapan masih banyak lagi yang menanti kenapa nak berhenti sekarang , betul bukan?

mari sambung membaca buku untuk paper 2 surgery 7/nov/2016 :)

Wednesday, October 5, 2016

prefinal

6/10/16
12.30am

ada 3 minggu lagi nk exam, rasa xkuat je nk baca semua information dalam buku ni siap google2 macam mana cara nak hafal cepat tapi memang beitulah ,klu x hafal , tak ulang , bukan boleh ingat. /nak tak nak kena work hard stdy smart.biasa dah 4 minggu sebelum exam meracau sorang sorang cari style study, 3 minggu gelabah sikit sebab slow lagi, tanya orang tu tanya orang ni, 2 minggu lagi gelabah mulala hafal2 tulis2 sebut2 semua benda , masa ni fragile siapa ganggu memang pantang betul tak boleh terima gangguan masa ni. seminggu lagi hahaha selamatlah mimpi ngeri tido tak lena mandi tak basah makan pon baca buku masa ni baru sedar betapa nikmat masa lapang itu begitu berharga . emm cakap sekarang pon xguna. ada lai 3 minggu jadi usahalah betul2 imah, nak capai ilmu bukan mudah ,tapi benda tak mudah lah yang jadikan kita orrang yang hebat satu hari nanti.


dalam kepala dah terbayang bayang malaysia tercinta,. keluarrga tercinta , orang tersayang eh?.hahha exam je nak gatal terus .. tapi seriuslah anamtomy aku lupa dah semuaa,. nak menagis rasa sebab time consuming sangat bila masuk part anatomy organ2 , ye lah aku dah lama tinggal plus sikap pemalas nak tgk buku atlas menyebabkan aku jadi mcm ni ..sedarlah diri imah T_T, menangis sorang2 lah jawabnya.

tapi2 , aku dah susun strategi dan aku harap strategi kali ni works well lah..tahun ni aku macam positif lebih untuk dapat yang indah2 despite of aku tahu banyak dosa buat tahun ni, tapi aku harap sangat janganlah sebab dosa2 aku Allah hijabkan doa aku, ibarrat jiwa mati kalau Allah dah tak pnadang x dengar doa kita ni.

okaylah.. sambung baca thyroiddddd..


Monday, May 23, 2016

salam sebelum ramadhan

bismillahirrahmanirrahim...

lama sungguh tak update blog dan aku rasa ni pun ayat cliche untuk orang orang  yang x istiqamah dalam update blog macam aku ni. >-<

well, selepas housemates aku balik malaysia., hidup aku macam terumbang ambing sedikit, rasa macam xde orang dah nak berkongsi rasa, betullah kata fatinn. aku tak boleh adapt lagi dengan hidup seorang. Dulu kalau balik lepas kuliah, sembang pasal belajar hari ni dengan housemate, diorrang dgr je, kalau ada benda nak tambah diorang tambah kalau tak diorang dgr je la. aku x kesah sgt pon kalau nak balas ke x asalkan ada org dgr..heh, typical woman sgtt,,

lepas borak, solat emm x senonoh, lepas solat, makan dgn member, lps mkn study siket dah nak dkt maghrrib kejutkan housemates kalau diorang tgh lalok tgk citer ke dgr lagu...haha..sebab housemates aku semua jenis kalau mengadap laptop tu gempa bumi pon diorang x dgr, so masa ni lah kalau keje nk buat jahatnya.

sekarang dgn housemates baru sgt berbeza, balik kuliah masuk bilik solat tiduur, bgn tidur study siket, dinner sorang2 then study tidur and repeat..heh, berbeza sangat hidup aku..rasa x produktif sebab aku banyak cakap. so one of the reason i m writing again is to kill this loneliness.. sighhhh..

seminggu lebih siket dah masuk ramadhan. Nak tahu tak, ramadhan kat sini meriah . Dekat tempat kuliah aku belajar which is aku panggil syamlah, diorang dah pasang fannus, fannus ni macam tanglong la kat malaysia tapi kat sini diorrang pasang itu sebagai menyambut kedatang Ramadhan. Rata2 akan jumpa orang mengaji al quran sampai aku sendiri tertunduk malu muhasabah diri sendiri. kalau lalu tepi2 jalan, tengok mulut orang terkumat kamit hafal quran, ya Allah bagus sangat. Masjid2 dah mula ceramah tentang amalan sunat ramadhan, kelebihan ramadhan, lailatul qadar, suara2 azan yang sedap2 berkumandang.. i will miss this, nti aku tangkap gambar aku upload kat sini okay. nanti dah balik boleh rujuk sini lepas tu senyum sorang2 sebab teringat kenangan manis dan betapa immaturenya penulisan ini...

so , aku dah nekad untuk ramadhan ni disebabkan subuh awal dan aku tak nak tinggal subuh kerana aku tahu walaupun aku dah amal baca 4 ayat surah alkahfi before tidur tapi xbgn2 jgk before subuh, so im deiciding to sleep after suboh. oh ye , i know..absolutely wrong tapi itu je cara aku nak qiam, nak jaga suboh awal waktu sebab aku tak boleh tahan nafsu tidur yang membuak2.. what a shame kan... tapi xdelh tidur sejurus subuh, aku akan extend 1 jam lepas suboh tidur 2 jam dan abngun untuk ke kelas dan aku tak tahula aku mampu ke x.. subuh mesir dalam pukul 3.15am , so tidur 4.15am then bangun 6.15 ke 7.15 ke..sebab kelas pukul 9am..hehehhe..sempat study sikit..dah nak dekat exam ni cuak plak..dulu banyak main, sekarang terkial kial susun jadual, ye memng aku ni kalau xde jadual belajar  xboleh study..rasa xde arah tuju gitu..

haa, ni nak cerita sikit tadi pergi GAD degan syakirah, saja keluar dengan member,sembang macam2 study family, our life, :').. Then tetiba, ada sorang lebih kurang umur 30 an macam tu, tanya awak cakap bahasa korea ke...hahaha.. terkekeh aku, x la , ini bahasa malaysia.. lepas tu bila kami nak balik rumah tiba tiba dia panggil aku, tanya : boleh saya tanya satu soalan?. boleh... kalau saya nak kahwin dengan awak, macam mana?saya kena ke malaysia ke.. masa tu aku tunduk je x mampu jwb.. aku mntak syakirah jwb cakap aku dah betunang..:).. shahahhaha... maafla tambah dosa, ana menipu hari ni..okay itu sahaja..sekian..

p/s : tiada manfaat pon sekadar berrkongsi cerita .

 makan ikan bakar sampai tak ingat dunia lepas tu kalut cari musyrif sebab xsedar dah sampai isyak dah.... LOL..